PROSEDUR BERNIAGA

View previous topic View next topic Go down

PROSEDUR BERNIAGA

Post  Admin on Wed Aug 20, 2008 3:37 pm

Salam Warga Forum ANJUNG BISNES,

Jika terdapat ahli yang berminat untuk berniaga di AB ini, sila baca kriteria berikut;

PROSEDUR BERNIAGA
  • Ahli yang berminat untuk berniaga boleh pilih salah satu atau mana-mana Ruang Niaga yang ada.

  • Sila berhubung atau hantar mesej ("private message") kepada Pemilik Ruang Niaga ATAU Admin setelah pilihan dibuat untuk informasi lanjut.

Terdapat dua (2) jenis premis niaga dan anda boleh buat pilihan salah satu premis.
--> Premis Galeri - 3 kategori produk = RM20 sebulan
Contoh : Kategori Pakaian, Aksesori dan Makanan.
--> Premis Mini - 1 kategori produk = RM10 sebulan
Contoh : Kategori Tudung
  • Sekiranya anda peniaga baru mendaftar, anda dikehendaki membayar Deposit Jaminan = RM60.00 kepada Pemilik Ruang Niaga.

  • Deposit Jaminan, dipulangkan semula kepada anda setelah anda TIDAK berminat untuk meneruskan urusniaga di Anjung Bisnes ini.

  • Tempoh bayaran balik Deposit Jaminan ialah sebulan setelah pihak pengurusan atau Pemilik Ruang Niaga TIDAK menerima apa jua komplen dari pembeli.

  • Jika terdapat komplen dari pembeli dengan mengemukakan butiran atau transaksi belian barang dan pihak pengurusan Anjung Bisnes atau Pemilik Ruang mendapati ianya munasabah, maka jumlah kerugian akan ditolak dari wang Deposit Jaminan. Bakinya akan dipulangkan kepada anda.

  • Pihak Pengurusan AB akan aktifkan status anda kepada PENIAGA setelah mendapat pengesahan dari Pemilik Ruang Niaga apabila disahkan bayaran transaksi sewa iklan telah dilaksanakan.

  • Apabila status ditukar kepada PENIAGA, anda boleh posting topik iklan.

Selamat Berurusniaga !

Admin
Admin

Number of posts: 6
Age: 27
Registration date: 2008-08-20

View user profile http://e-niaga.forumotion.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum