ETIKA PENIAGA
Page 1 of 1 • Share •
ETIKA PENIAGA
Salam Warga Forum ANJUNG BISNES,
Pihak pengurusan ANJUNG BISNES mengalu-alukan kepada sesiapa ahli yang berminat untuk urusniaga di AB ini.
Terlebih dahulu sila fahami Tata Etika Berniaga di AB ini agar urusniaga berjalan sukses hendaknya;
TATAETIKA BERNIAGA
Pihak pengurusan ANJUNG BISNES mengalu-alukan kepada sesiapa ahli yang berminat untuk urusniaga di AB ini.
Terlebih dahulu sila fahami Tata Etika Berniaga di AB ini agar urusniaga berjalan sukses hendaknya;
TATAETIKA BERNIAGA
- Produk yang dijual hendaklah diperakui produk baru dan terjamin kualiti.
- Produk Jenama Tiruan TIDAK boleh dipasarkan di Forum AB ini.
- Produk terpakai (“second hand products”) TIDAK dibenarkan dijual.
- Produk Pil, Jamu, Ubat-ubatan, Vitamin, Cream atau apa jua yang berkaitan dengan produk Kesihatan dan Kecantikan mestilah mendapat kelulusan secara sah dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Produk makanan, kek, biskut, kerepek, jus minuman, produk sejuk beku dan sebagainya mestilah belum tamat tempoh, terjamin kualiti dan di pek dengan kemas.
- Pamerkan harga produk jualan asal. Peniaga harus bertanggungjawab dengan harga produk tanpa ada kos tersembunyi. Jika ada diskaun jualan, paparkan harga sebelum dan selepas diskaun.
- Pamerkan kos pos, jenis perkhidmatan pos yang digunakan dan tempoh pos penerimaan produk.
- Paparan foto produk mestilah jelas dan terang untuk penilaian pembeli. Jika pihak pengurusan AB atau Pemilik Ruang Niaga dapati foto ciplak dari hasil usaha orang lain atau dari mana-mana laman web, maka pihak pengurusan AB atau Pemilik Ruang Niaga berhak memadamkan foto berkenaan.
- Peniaga disyorkan pamerkan butiran peribadi, alamat urusniaga (Jika ADA), nombor telefon dan alamat email untuk memudahkan rujukan pembeli.
- Sebarang kenyataan perkhidmatan atau jualan produk untuk paparan iklan oleh pengiklan di mana-mana Ruang Niaga di ANJUNG BISNES bukanlah Hak kewajipan dan liabiliti oleh pihak pengurusan AB atau Pemilik Ruang Niaga secara amnya.
- Pihak pengurusan ANJUNG BISNES dan Pemilik Ruang Niaga secara amnya TIDAK bertanggungjawab keatas penjualan produk yang terselindung penipuan. Peniaga harus bertanggungjawab keatas apa jua produk jualan keatasnya.

Admin- Admin
- Number of posts: 6
Age: 27
Registration date: 2008-08-20

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Home




